Monday 21 October 2013

Equality In Justice | Justice In Evaluation

(Jangkaan Statistik.
Jangkauan Strategik)


 
 
MUKADIMAH
(Mesyuarat Guru)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Slogan 2001
(Kecemerlangan Melalui Persaingan)


Mission statement perlu terarah dan menepati strategic planning (misi dan visi) dan mensasari operational planning (program dan aktiviti). Perlu realistic dan achievable, iaitu mempunyai jangkaan statistik dan jangkauan strategik. Walaupun pendidikan masih lagi exam-oriented, kerja-kerja pendidikan perlu berkonsepkan evaluation milestone dan auditing hasilan iaitu tindakan TOV, OTI, ETR dan ATR secara operational dan functional.

Dan hendaklah setiap diri memperhatikan 
(merancang) apa yang perlu diperbuat 
untuk hari esuk.
(Al Hasyr: 18)

Kita perlu merancang secara berfokas, berkonsepkan penelitian kualiti dan penyaringan kuantiti, kerana wujud 3 kumpulan keupayaan yang berbeza dari segi self direction, self motivation, self esteem dan self actualization. Perbezaan ini memerlukan program terarah dan terancang yang bertahap dan berfasa, iaitu pemulihan, pengukuhan dan pengkayaan untuk equality in justice dan justice in evaluation, iaitu program mengikut keupayaan.

Seseorang itu tidak akan dibebani 
melainkan mengikut kadar keupayaan.
(Al Baqarah: 23)

Justeru kerja-kerja pendidikan menjadi amanah profesion berlandaskan 5E (Experience, Efficiency, Effort, Earnest). Sementelah dalam pengurusan zero defect, konsep TQM (Total Quality Management) menjadi teras pengurusan dengan amalan 3T (Tulus, Telus, Terus) dan 3I (Ikhlas, Iltizam, Istiqamah). Kita bukan sahaja  beristiqamah iaitu mematuhi dan mengakuri amanah tetapi melakukan kaizen iaitu meneruskan kerja-kerja pendidikan demi memperhebatkan pendidikan dan memertabatkan anak bangsa, sebagai ummah terbaik.

 Kemudian mereka tetap beristiqamah  
maka tiada kekhuatiran terhadap mereka 
dan mereka tiada berdukacita.
(Al Baqarah: 269)

 Kamu umat yang terbaik dilahirkan 
untuk manusia, menyuruh kepada makruf 
dan mencegah daripada mungkar.
(Ali ‘Imran: 110)



ARAM 34
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu



TOV: Take Off Value
OTI: Operational Targeted Increment 
ETR: Expecred Targested Result
ATR:  Actual Targeted Result 
   


No comments:

Post a Comment