Friday 25 October 2013

Api Menjadi Sekam | Benci Menjadi Dendam

(Mudah Berhelah.
 Susah Membantah)





ILHAM MINDA 60
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MELARAT RASA MENYESAT KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

1
Mudah berdalih susah memilih dan mudah
berhelah susah membantah
.


2
Cari helah kalau tidak mahu dan cari salah
kalau tidak mampu.

3
Jika ruang semakin terbatas maka pelu-
ang semakin terlepas.


4
Jika terbiar segalanya terbabas dan jika
tersedar segalanya terjejas.

5
Jangan biar api jadi sekam dan jangan
biar benci jadi dendam.


6
Kian sukar kian hingar-bingar dan kian
teruk kian hiruk-pikuk.

7
Bersabar dalam sukar dan berwaspa-
da dalam bahaya.

8
Mengampu jika berkehendak dan me-
nipu jika terdesak.

9
Merayu jika berkehendak dan mengam-
pu jika berpihak.
   

10
Papa yang menumpang tuah dan ham-
ba yang hilang maruah.

 


 
Aram 60(a)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a Comment