Sunday 1 September 2013

Tak Memihak Berlagak | Tak Menyokong Menyombong

(Angkuh Terjatuh.
Sombong Terlelong)





ILHAM MINDA 51
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERDEBAR RASA BERLEGAR KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Jika dipaksa baru mereka bersegera dan jika
didesak baru mereka bertindak


32
Usah membantah jika tak gagah dan usah
menyangkal jika tak handal.

33
Jangan sombong nanti terlelong dan jangan
 angkuh nanti terjatuh.


34
Jangan bermula selagi tak tahu dan jangan
mencuba selagi tiak mahu.

35
Mengejar kejayaan dikejar peluang tetapi me-
ngejar kekayaan dikejar hutang.

36
Kaya dipuja tetapi papa dinista dan mulia di
bela tetapi hina dicela.

37
Jika hilang sabar mudah hilang ikhtiar maka
hilang tenang mudah hilang peluang.

38
Salah sangka saling bersengketa dan salah
faham saling berdendam.
   
39
Berlagak jika ramai memihak dan menyom-
bong jika ramai menyokong
.

   
40
Menjadi kuat kalau bermuafakat tetapi men-
jadi lemah kalau berbalah.

 

 
Aram 51(d)
Teratak Seriterai







No comments:

Post a Comment