Saturday, 28 September 2013

Sihat Buat Maksiat | Tenat Buat Taubat

(Baik Dijentik.
 Ikhlas Dipulas)




ILHAM MINDA 55
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERALIH RASA BERPILIH KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
51
 Lihat setiap muslihat, olah setiap masalah 
dan muhasabah setiap musibah.


52
Melalui kemungkinan hilang keyakinan dan
melalui keyakinan datang jaminan

53
Yang setia bersedia, yang patuh bersung-
guh dan yang taat berkhidmat.

54
Bincang jika terpandang, siasat jika terlihat
dan bertindak jika ternampak.

55
Manusia mudah lupa, jika sihat buat mak-
siat
tetapi jika tenat buat taubat

56
Tanpa maklumat kita terpinggir dan tanpa
matlamat kita tersingkir.

57
Pentingkan harta orang cela dan penting-
kan diri orang benci. 


58
Bertegas jika melampaui batas dan berke-
ras jika melampaui batas.

59
Walaupun lembut tetapi mengugut dan
walaupun keras tetapi bertegas.

   
60
Jika diam dikecam, jika baik dijentik dan
jika ikhlas dipulas.




 
Aram 55(f)
Teratak Seriterai










No comments:

Post a comment