(Terpaksa Menipu.
Tersiksa Mengaku)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbDsrVLYzN3_cfeO6sc3LvBQYwpYvfqsBW8IYVxcwrWch9TvBEZKHBfygwSfdMnx56Vve2Oy0RxcWcVe6M6wYHn9WvSK36gmWklT4fhENNe1o4PHqO0oX2aTOFm3zmcxm05Er3IxtHw_hg/s320/144+Wisdom.jpg)
ILHAM MINDA 56
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERALIH RASA BERPILIH KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
1
Mudah disebut payah mengikut dan mudah
disuruh payah bersungguh.
2
Selagi buat salah salagi itu tak sudah dan
selagi buat silap selagi itu tak siap.
3
Yang salah jangan disingkir dan yang ka-
lah jangan dipinggir
4
Yang berfikir takkan tersingkir dan yang
bertafakur takkan tersungkur.
5
Pentingkan saing saling berunding teta-
pi pentingkan diri menuding jari.
6
Apabila terpaksa dia menipu tetapi apa-
bila tersiksa baru dia mengaku.
7
Tegak sama-sama mendongak dan tun-
duk sama-sama menunduk.
8
Makin ditanya makin ternganga dan ma-
kin disoal makin menyangkal.
9
Jika mahu saling mengangguk tetapi ji-
ka jemu saling mengutuk.
10
Jangan mengaku kalau tak tahu dan ja-
ngan bersetuju jika tak mahu.

Aram 56(a)
Teratak Seriterai
Teratak Seriterai
No comments:
Post a Comment