Monday 12 August 2013

Kecundang Dek Maruah | Menang Dek Rasuah

(Kurang Selesa.
Hilang Selera)





ILHAM MINDA 49
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DISANGGAH RASA DICANGGAH KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Lebih baik kecundang kerana maruah daripada
menang kerana rasuah.


32
Kurang selesa kita hilang selera dan kurang se-
mangat kita hilang minat.

33
Biar kurang rupa asal bergaya dan biar kurang
gaya asal berharta.


34
Semangat dalam keresahan, nikmat dalam kepa-
yahan dan rahmat dalam kekalahan.

35
Baik kecundang dalam kemuliaan daripada me-
nang dalam kehinaan.


36
Yang cantik itu rupa, yang baik itu bahasa dan
yang asyik  itu rasa.

37
Terlalu taat kita menjadi alat dan terlalu perca-
ya kita menjadi hamba.


38
Kalau diam orang salah faham dan kalau se-
nyap orang salah anggap.
   
39
Terlalu patuh dicemuh, terlalu taat dikhianat
dan terlalu setia diperdaya.


40
Dengan minat kita dapat buat tetapi dengan
semangat kita dapat penat.



 
Aram 49(d)
Teratak Seriterai




No comments:

Post a Comment