Saturday 3 August 2013

Dedalu Menumpang Tuah | Semalu Hilang Maruah

  (Budaya Ditunjang.
Ilmu Dijulang)
 






 
 

   

Februari 1998

(Mesyuarat PIBG)

 


  Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahnatullahi wabarakatuh



 

Slogan 1998

(Penyelesaian Melalui Perubahan) 

Hanya kejayaan menentukan masa depan anak-anak kita, sama ada menjadi 'orang' yang istimewa (scared cow) atau 'orang-orang' yang tidak berguna (scarecrow). Sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita: 

 Hendaklah kamu bimbang kelak kamu akan
meninggalkan zuriat yang lemah di belakang kamu.
(An Nisa: 9) 


Bukan shaja lemah fikiran, malah hilang keupayaan untuk meneroka masa depan atau hanyut tanpa tujuan (odyssey of no end), Mereka adalah 'orang-orang' yang hilang rasa, buta mata dan tuli telinga. Akhirnya mereka menjadi the missing gerneration, yang hilang jati diri dan terbuang dalam masyarakat, persona non grata. Tanpa tuah dan tanpa maruah.


Mereka menjadi dedalu yang menumpang tuah
dan mereka menjadi semalu yang hilang maruah.
(Aram) 


Mereka ada hati tetapi tidak merasa, ada mata
tetapi tidak melihat dan ada telinga tetapi
tidak mendengar.
(Al 'Araf: 179)


Sesungguhnya kita tidak ada pilihan, mereka perlu menjadi manusia intelek atau MEP (Morally Educated Person) yang tunjang budayanya kukuh dan ranting ilmunya teguh. Inilah sebenarnya konsep Matang Bestari, Lubuk akal tepian ilmu, a valley of wisdom and wisdom of freedom.


Budaya Ditunjang Ilmu Dijulang
Apabila akar menunjang maka ranting menjulang
dan apabila akar bercambah maka rantingnya berbuah.
(Aram)



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu Darul Iman      
     

No comments:

Post a Comment