Tuesday 30 July 2013

Tagih Kerana Lebih | Desak Kerana Banyak

(Sedikit Diulit.
Ramai Dibelai)





ILHAM MINDA 48
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DIKUIT RASA DIKAIT KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Biar penyesalan dahului kegagalan dan biar
ketabahan dahului kekalahan.


52
Berkehendak jangan ragu-ragu dan bertindak
jangan terburu-buru.

53
Biar lelah jangan mengalah dan biar sengal
jangan menyesal.


54
Hilang sengat jangan hilang pangkat dan hi-
lang bisa jangan  hilang kuasa.

55
Sedikit diulit dan ramai dibelai manakala ku-
rang disayang dan lebih dikasih.


56
Tak diturut diugut, tak diminta dipaksa dan
tak dimaklum dihukum.

57
Bersembunyi kena dikeji, menunjuk kena
kutuk dan terdedah kena sumpah.


58
Tegur sebelum terlanjur, ingat  sebelum me-
larat dan tegah sebelum parah.
   
59
Menagih dek lebih, mendesak dek banyak
dan menentang dek kurang.

   
60
Ramai yang hanya memburu kemenangan
kerana tertipu oleh kesenangan.





 Aram 48(f)
Teratak Seriterai












No comments:

Post a Comment