Tuesday 23 July 2013

Fahami Jarak Masa | Alami Gerak Masa

  (Cepat Gerakan.
Tepat Tindakan)
 
  
 
 
 
 
Januari 1998
(Mesyuarat Guru)
 
 
Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahnatullahi wabarakatuh

 
Slogan 1998
(Penyelesaian Melalui Perubahan) 
 
Melihat masa silam untuk ingatan
Merenung masa depan untuk jangkaan
Mengkaji masa kini untuk tindakan 
(Aram)
 
Kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa kita sentiasa berada dalam kopsul masa, yang memerlukan kecepatan dan ketepatan, Cepat dalam gerakan dan tepat dalam tindakan. Berlengah-lengah dan terburu-buru adalah tanda-tanda awal untuk rugi dan gagal. Sedangkan masa adalah satu ketetapan yang sentiasa bergerak dan gerakannya sentiasa membawa perubahan. Perubahan itu pula adalah persaingan. Sama ada kita ditinggalkan masa atau masa mendahului kita, kerana masa terbatas mengikut keupayaan dan kebolehan.
 
 
Tiap-tiap umat itu mempunyai batas
waktu yang ditetapkan.
(Al A'raf: 34) 
 
 
Demi masa. Sesungguhnya manusia
itu dalam kerugian.
(Al 'Ashr: 1 & 2)
 
 
Kecuali mereka yang bersedia untuk berubah, iaitu menfaatkan 5 kesempatan dan meninggalkan 5 kesempitan (Sabda Rasullullah). Seterusnya memahami jarak masa dan mengalami gerak masa dengan kesedaran, iaitu melihatnya sebagai laluan masa hadapan dari masa lampau menerusi masa kini untuk mencipta kejayaan.
 
 
Study the past if you would define
the future.  
(Confucius) 
 
 
Sementelah masa hadapan adalah ruang tanpa batasan. Justeru kita mempunyai ruang dan peluang untuk membina strategic options berdasarkan jangkaan dan kajian. Ruang dan peluang inilah sebenarnya perlu dirancang melalui practical wisdom, intellectual honesty dan professional commitment.
 
Terbang biar jauh
Lompat biar tinggi
Rancang biar bersungguh
Buat biar jadi
(Aram)
 
 
ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu Darul Iman    
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment