Tuesday 23 July 2013

Dapat Petunjuk Angguk | Dapat Telunjuk Tunduk

(Bekal Itu Amal.
Amal Itu Tawakal)






ILHAM MINDA 47
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
DIRAJUK RASA DIBUJUK KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Jika tak tepat jangan sesekali diumpat dan
jika tak kena  jangan sesekali dihina.

22
Yang tahu mengangguk jika ditunjuk tetapi
yang mahu menunduk jika dipujuk.

23
 Sebaik-baik bekal itu ialah amal manakala 
sebaik-baik amal itu ialah tawakal.


24
Dapat petunjuk sentiasa mengangguk tetapi
dapat telunjuk terpaksa menunduk.

25
Jika banyak masa kita menjadi puas tetapi
jika banyak kerja kita menjadi malas.


26
Bodoh orang malas mencari helah tetapi ma-
las orang bodoh mencari lelah.

27
Lebih baik menjadi hodoh yang pintar daripa-
da menjadi bodoh yang ingkar.


28
Wanita menjadi lemah apabila dipujuk tetapi
menjadi marah apabila dikutuk.

29
Kalau degil apa yang dibuat tak berhasil dan
kalau lalai apa yang dibuat tak tercapai.

   
30
Apa yang kita lihat menjadi mimpi tetapi apa
yang kita dapat menjadi realiti






 
Aram 47(c)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment