Wednesday 31 July 2013

A False Sense Of Security | A False Sign Of Dignity

  (Pimpinan Warisan.

    Pemimpin Wawasan)







  

 
Februari 1998

(Mesyuarat Kokurikulum)

 


  Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahnatullahi wabarakatuh



 

Slogan 1998

(Penyelesaian Melalui Perubahan) 
Mereka sudah lama terperangkap dalam a false sense of security dan a false sign of dignity, maka menjadi amanah profesion untuk mengubah konsepsi dan persepsi mereka kepada a true sense of quality.


Sesungguhnya Allah menyuruh kamu 
menyampaikan amanah kepada yang 
berhak menerimanya.
(An Nisa': 58)


Kamu umat yang terbaik dilahirkan 
untuk manusia,menyuruh kepada makruf
dan mencegah daripada mungkar.
(Ali 'Imran: 110)


Mereka perlu kembali kepada konsep diri yang sebenar, menyedari kewujudan dan pengitirafan 'diri terbaik', Khairah ummah (Ali 'Imran 110) dan Ummatan wasatan (Al Baqarah: 143). Malah mereka adalah pimpinan berwarisan dan pemimpin berwawasan yang akan meneruskan mandat Khalifah, sebagai insan terpilih dan terbaik.


Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di muka bumi ini.
(Al Baqarah: 30)


Dan demikian Kami telah menjadikan kamu,
umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi
saksi di atas manusia.
(Al Baqaarah: 143)


Justeru pemikiran negatif dan budaya hedonisme perlu dikikis melalui bimbingan tazkirah dan pemulihan psikologi. Kita perlu berhikmah dan berhemah, pantas merangka  dan pintar bertindak ketika 'rebung mudah dilentur' dan ketika 'bilah mudah diraut'.


Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah
dan pelajaran yang baik dan bantahlah dengan
cara yang baik.   
(An Nahl: 125)


ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
 
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu Darul Iman      
  
  
 
 

No comments:

Post a Comment