Thursday, 23 May 2013

Beribadah Takkan Susah | Beramal Takkan Kesal

(Susah kena tabah.
Sukar kena sabar) 


 

 
(182)
'Kesusahan'
Bicara Tok Ngah
23 Julai 2011
1.03 sore

ARAM

Kita diberi jalan
untuk dilalui
dan kita diberi harapan
untuk ditemui.
Sekalipun susah
kita kena tabah
dan sekalipun sukar
kita kena sabar.
Sesungguhnya
yang susah akan diuji
dengan masalah
dan yang tabah
akan diuji dengan musibah.
Hanya mereka yang patuh
tidak akan mengeluh
dan hanya mereka yang sabar
tidak akan ingkar.

 
Justeru
yang sentiasa beribadah
tidak akan susah

dan yang sentiasa beramal
tidak akan kesal
.
Dengan beribadah
kita menjadi lebih tabah
dan dengan beramal
kita menjadi lebih cekal.
Maka  yang sentiasa ingat
akan diberi tempat perlindungan
dan yang sentiasa taat
akan diberi tempat pergantungan.

 

 
Maka
Tuhan memelihara
mereka dari kesusahan
hari itu.

(An Insan: 11)

 

 
Arambayu 182
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment