(169)
‘Kesyukuran’
Bicara Tok Ngah
5 Julai 2011
1.42 petang
‘Kesyukuran’
Bicara Tok Ngah
5 Julai 2011
1.42 petang
ARAM
Kita diberi ruang
dan peluang.
Kita juga diberi pilihan
dan agihan.
Ada akal kita timbal.
Ada hati kita teliti.
Kalau pandai lebih
baik menilai
dan kalau bijak
lebih baik bertindak.
Jangan ikut rasa
nanti binasa
dan jangan ikut hati
nanti mati.
Sesungguhnya
Allah memberi kita laluan
sebagai panduan.
Memberi kita panduan
untuk mencapai tujuan.
Jalan lurus
dengan terurus.
Laluan mudah
dengan hidayah.
Namun Yang akur
melaluinya dengan bersyukur
tetapi yang kufur
melaluinya dengan takbur.
Allah memberi kita laluan
sebagai panduan.
Memberi kita panduan
untuk mencapai tujuan.
Jalan lurus
dengan terurus.
Laluan mudah
dengan hidayah.
Namun Yang akur
melaluinya dengan bersyukur
tetapi yang kufur
melaluinya dengan takbur.
Kami telah
menunjukkan jalan yang
lurus; ada yang bersyukur
dan ada yang kufur.
(Al Insan: 3)
menunjukkan jalan yang
lurus; ada yang bersyukur
dan ada yang kufur.
(Al Insan: 3)
Arambayu 169
Teratak Seriteratai
Teratak Seriteratai
No comments:
Post a Comment