Monday, 4 February 2013

Pujian Itu Hanya Ujian | Celaan Itu Hanya Cubaan

(Sabar jika dicabar.
 Diam jika dikecam)




           


(133)
‘Cubaan’
Bicara Tok Ngah
21 April 2011
4.54 petang

ARAM

 Lebih baik sabar 
kalau dicabar
dan lebih baik diam
kalau dikecam.
Tidak akan berbalah
kalau ada yang mengalah
dan tidak akan bertempur
kalau ada yang berundur.


Hanya orang yang sabar
dapat iktibar
dan hanya orang yang diam
lebih faham.
Justeru jangan meninggi diri
kalau dipuji
dan jangan berdendam kesumat
kalau diumpat.
Sesungguhnya
pujian mereka itu
hanyalah ujian

dan celaan mereka itu
hanyalah cubaan
.


 

 
Dan Kami
jadikan sebahagian kamu
cubaan bagi sebahagian
yang lain

(Al Furqan: 20)


 


 
Arambayu 133
 Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment