Sunday, 24 February 2013

Dlm Susah Ada Hidayah | Dlm Sukar Ada Iktibar

(Beramal tak gagal.
Beribadah tak kalah)






           


(141)
‘Ujian’
Bicara Tok Ngah
11 Mei 2011
4.51 petang

 
ARAM

Susah itu ujian
kepada yang tabah
manakala sukar itu
ujian bagi yang sabar.
Sesungguhnya

dalam susah itu
ada hidayah

dan dalam sukar itu
ada iktibar
.
Hanya yang tabah 
akan menghadapinya 
dengan ibadah
dan hanya yang sabar
akan menghadapinya 
dengan istighfar.

 
Justeru yang beramal
tidak mudah menyesal
walaupun berkali-kali gagal
manakala orang yang beribadah
tidak akan menyerah
walaupun berkali-kali kalah.
Semakin beramal 
semakin cekal
dan semakin beribadah 
semakin tabah.

 




 
Supaya
dia menguji kamu,
siapa di antara kamu
terbaik amalnya.

(Al Mulk: 2)


 



 
Arambayu 141
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment