Wednesday, 30 January 2013

Meredah Dek Tuah | Mengharung Dek Untung

(Berlumba dek laba.
Mencari dek rezeki)


   




(I)

Di mana ada faedah
di situ ramai yang menadah.
Di mana ada manfaat
di situ ramai yang berminat.
Di mana ada bantuan
di situ ramai yang berdahuluan.
Di mana ada tuah 
di situ ramai yang meredah
.
Di mana ada untung
di situ ramai yang mengharung
.

Di mana ada laba
di situ ramai yang berlumba.
Di mana ada peluang
di situ ramai yang mendatang.
Di mana ada subsidi
di situ ramai yang menanti.
Di mana ada rezeki
di situ ramai yang mencari.
Di mana ada harta
di situ ramai yang bersengketa.


 
 


 
Ilham Aram 134
30 Januari 2013
5.55 petang

No comments:

Post a comment