Monday, 7 January 2013

Cacat Itu Berkat | Hina itu Istimewa.

(Rugi itu rezeki.
Malang itu peluang)


   




(II)

Di sebalik tadbir
ada takdir.
Di sebalik ibadah
ada hidayah.
Di sebalik rugi
ada rezeki.
Di sebalik malang
ada peluang.
Di sebalik buntung
ada untung.
Di sebalik mudarat
ada manfaat.

Di sebalik yang buruk
ada petunjuk.
Di sebalik yang jahat
ada ibarat.
Di sebalik yang tegar
ada iktibar.
Di sebalik yang cacat
ada berkat
.
Di sebalik yang hina
ada istimewa
.



 Ilham Aram 122
7 Januari 2013
12.45 tengah hari

No comments:

Post a comment