Tuesday, 11 December 2012

Tak Mampu Merayu | Tak Daya Meminta

(Boleh diperlekeh.
Dapat diumpat)




Kalau tak tahu
jangan membisu.
Kalau tak mahu
jangan bersetuju.
Kalau tak boleh
jangan perlekeh.
 Kalau tak dapat 
jangan mengumpat.
Kalau tak mampu
jangan merayu.
Kalau tak berdaya
jangan meminta.
Kalau tak mahir
jangan meminggir.

Kalau tak berjaya
jangan kecewa.
Kalau tak tercapai
jangan terabai.
Kalau tak sampai
jangan bertikai.
Kalau tak menang
jangan menghilang.
Kalau tak untung
jangan berkurung.

 
Ilham Aram 107
11 Disember 2012
5.50 sore

No comments:

Post a Comment