Thursday, 27 December 2012

Diberi Makin Berbaki | Disedekah Makin Bertambah

(Penat asalkan dapat.
Lelah asalkan sudah)




LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

 

 ILHAM MINDA 35
MELARIK RASA MELIRIK KATA
 (Short saying drawn from long experience)


46

Jangan diungkit
perkara yang berbangkit dan jangan disang-
gah perkara yang bercanggah.

47

 Kian diajar kian  
mencabar, kian dimarah kian menyanggah
 dan kian ditekan kian melawan.


48

Biar letih asalkan
boleh, biar penat asalkan dapat dan biar
lelah asalkan sudah.


49

Resah dahulu tenang
 kemudian, susah dahulu senang kemudian 
dan kalah dahulu menang kemudian

50

Harta itu makin
diberi makin berbaki dan makin disedekah
makin bertambah
.


 


 Aram 35(j)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment