Friday, 9 November 2012

Yang Susah Itu Akur | Yang Mewah Itu Kufur


(Berbangga dapat laba.
Bermegah dapat anugerah) 
 




 (92)
‘Kemegahan’
Bicara Tok Ngah
12 November 2010
10.37 pagi

ARAM

Kadang-kadang
yang susah itu lebih akur 
tetapi yang mewah itu lebih kufur.
Ingatlah, jangan bermegah-megah
apabila dapat anugerah,
jangan berbangga-bangga
apabila dapat laba,
jangan menjunjung-junjung
apabila dapat untung
dan jangan memuji-muji
apabila dapat rezeki.


  

  
Dan supaya kamu
kamu jangan terlalu gembira
terhadap apa yang yang
diberikannya kepadamu
(Al Hadidi: 23)

 

 
 Arambayu 91
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment