Monday, 26 November 2012

Faham Lebih Berazam | Percaya Lebih Berjaya


(Mahu itu mampu.
Ingin lebih yakin)


 
 

Yang tahu
lebih berilmu.
Yang mahu
lebih mampu.
Yang ingin
lebin yakin.

Yang setia
lebih bersedia.
Yang taat
lebih berminat.
 Yang patuh 
lebih bersungguh.
Yang akur
lebih bersyukur.

Yang berilmu
lebih tahu.
Yang beramal
lebih kenal.


Yang ingat
lebih cermat.
Yang peka
lebih cakna.
Yang pasti
lebih teliti.
Yang maklum
lebih tekun.
Yang faham
lebih berazam
.
Yang percaya
lebih berjaya
.

 


Ilham Aram 102
26 November 2012
8.57 malam

No comments:

Post a Comment