Monday, 22 October 2012

Tenat Melarat | Takdir Berakhir

(Bercinta tidur tak lena.
Merindu makan tak lalu)

 

Jika sudah bercinta
maka tidur tak lena,
jika sudah merindu
maka makan tak lalu,
jika sudah cemburu
maka dipujuk tak mahu,
jika sudah merajuk
maka berjalan tak tunduk,
jika sudah berbalah
 maka pergi tak kisah, 
jika sudah berpisah
maka mandi tak basah,
jika sudah merana
maka serba tak kena,
Jika sudah tenat
maka segala tak sempat
dan jika sudah takdir
maka segalanya berakhir.

 
 
Ilham Aram 75
22 Oktober 2012
1.40 petang

No comments:

Post a Comment