Friday, 5 October 2012

Rezeki Tak Kerana Tuah | Rugi Tak Kerana Tulah

(mewah segala
tetapi Susah selamanya)

 

 LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


 ILHAM MINDA 30
BERBELAH RASA BERHELAH KATA
 (Short saying drawn from long experience)

1

Rezeki tidak sekali-kali datang
kerana tuah dan rugi tidak sekali-kali datang
kerana tulah.

2

Kalau lebih awal kita bersedia
maka lebih terkawal kita bermula dan lebih
cekal kita berusaha.

3

Apabila bersahabat maka kita
saling patuh tetapi apabila bersubahat ma-
ka kita saling menuduh.
 
4

Jika untung berganda tetapi bun-
tung segalanya dan kalau mewah segala
tetapi susah selamanya.

5

Kalau ketua berlumba maka
pengikut berebut dan kalau ketua menga- 
ta pengikut mencarut.
 


 
Aram 30(a)
Teratak Seriterai











No comments:

Post a Comment