Monday, 15 October 2012

Beradat Tak Dihormat | Berpusaka Tak Berkuasa

(Degil berjiwa kerdil.
Sabar berjiwa besar) 

 

LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)



ILHAM MINDA 31
MEMBUAI RASA MEMBELAI KATA
 (Short saying drawn from long experience)

 

16

Kita tidak lagi hebat
sekalipun berpangkat dan kita tidak lagi ber-
kuasa sekalipun berharta.

17

Kita cuma ada adat
tetapi tidak lagi dihormat dan kita cuma ada
pusaka tetapi tidak lagi berkuasa

 
18

Kita tidak mudah ditawan
kalau ramai kawan dan kita tidak mudah di-
ditambat kalau ramai sahabat

19

Yang sentiasa sabar
jiwanya semakin besar tetapi yang sentia-
sa degil jiwanya semakin kerdil. 

 
20

Seseorang itu menjadi
semakin tua kerana usianya tetapi menja-
di semakin muda kerana cintanya.

 
Aram 31(d)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment