Saturday, 27 October 2012

Ancam Dek Dendam | Dendam Dek Salah Faham

(Marah kerana salah.
Salah kerana masalah)

    
 

Jangan marahkan orang lain
kalau kita yang buat salah
dan jangan salahkan orang lain
kalau kita yang buat masalah.
Jangan bencikan orang lain
kalau kita yang dengki
dan jangan dengkikan orang lain
kalau kita yang rugi.
Jangan menengking orang lain
kalau kita yang buat tuding
dan jangan menuding orang lain
kalau kita yang buat samsing.
Jangan menuduh orang lain
kalau kita yang buat gaduh.
dan jangan gaduhkan orang lain
kalau kita yang buat musuh.
 Jangan mengancam orang lain 
kalau kita yang berdendam

dan jangan mendendam orang lain
kalau kita yang salah faham
.

 


Ilham Aram 79
27 Oktober 2012   
11.10 petang

No comments:

Post a Comment