Friday, 17 August 2012

Yang Degil Dipencil | Yang Mungkir Disingkir




Angguk tanda mahu

Tunduk tanda malu

LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


 
 
ILHAM MINDA 19

TERLERAI RASA TERHURAI KATA

 (Short saying drawn from long experience)
 
  
11.
Yang degil akan dipencil, yang mungkir akan disingkir dan yang menipu akan diburu


12
Kalau  anak  sentiasa  ingat  dia  menjadi taat  tetapi  kalau anak  sentiasa lupa dia menjadi alpa.


13.
Mata   untuk  percaya, telinga  untuk me- nerima, hati untuk pasti dan mulut untuk menyebut.


14.
Mengangguk  itu  tanda  mahu,   menun- duk  itu  tanda  malu dan  mencanguk itu tanda lesu.


15.
Jika yang berumur  bersedia untuk  ber- undur    maka   yang   menanti  bersedia  untuk mengganti.



Aram 19/4(c)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment