Friday 24 August 2012

Senyuman Itu Ancaman | Nasihat itu Muslihat

Bertahan sebelum melawan
Berundur sebelum menggempur
  



LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


 
 

ILHAM MINDA 22

BERALIH RASA BERDALIH KATA

 (Short saying drawn from long experience)


 
 

1.
Mengelak tetapi tak bertindak, bertahan

tetapi tak melawan dan berundur tetapi

tak menggempur.
2.
Lebih baik mencegah daripada menyan-

ggah dan lebih baik melarang daripada

menyerang.
3.
Ancaman di sebalik senyuman, muslihat

di sebalik nasihat dan penipuan di seba-

lik bantuan.
4.
Niat disemat, langkah diarah, tuju dipan-

du, gerak bertindak, sampai dicapai dan

dan hasil terampil.
5.
Dulu ragu sekarang berbincang, dulu ta-

hu sekarang mencadang dan dulu mahu

sekarang merancang.

Aram 22/5(a)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a Comment