Tuesday 31 July 2012

Peribadi Tanpa Maruah | Identiti Tanpa Sejarah







ILHAMINDA 1/1
Secebis Rasa Serintis kata
(Short saying drawn from long experience) 
   

ILHAMINDA 1/1

Secebis Rasa Serintis kata
(Short saying drawn from long experience)

1.            Konflik bukan kerana benar  atau sa-
lah tetapi keangkuhan untuk mencabar dan menyanggah.

2.             Kerana  takut  berfikir  kita   menjadi
fakir dan  kerana malas  berfikir  kita  men-
jadi pandir


3.           Generasi tanpa peribadi akan hilang maruah dan tanpa identiti akan hilang sejarah.

4.              Bangsa  tanpa  tradisi   akan  hilang peribadi dan tanpa peribadi akan hilang identiti.

5.              Di tengah impian dan kenyataan kita terleka oleh impian dan terpedaya oleh kenyataan.

Aram
Tahun 1998

















No comments:

Post a Comment