Friday 6 June 2014

Makan Hati Berulamkan Jantung | Makan Budi Tak Kepalang Tanggung

 (Galak Jelak.
 Asyik Jelik)




LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
KEJUTAN RASA KALUTAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
 51 
Yang menang kerana terancang tetapi
yang kalah kerana bermasalah

  52 
Ramai memaksa tetapi tiada kuasa dan
ramai mendesak tetapi tiada hak.

53
Bergerak tetapi tiada beruang dan ber-
tindak tetapi tiada berpeluang.

54
Jika bertengkar saling mencabar dan ji-
ka berbantah saling menyumpah.

55
Bukan kerana takut tetapi kedekut dan
bukan kerana jelak tetapi tamak.


 56 
Apabila terlalu bosan jadi beban dan
apabila terlalu jemu jadi buntu.
   
57
Kalau terlalu galak menjadi jelak dan
kalau terlalu asyik menjadi jelik.

 58 
  Kalau mengias biar jelas dan kalau
beribarat biar tepat.

59
 Jika marah biar menjadi nasihat dan
 jika ramah biar menjadi sahabat. 

60
Baik makan hati berulam jantung drp
  makan budi tak kepalang tanggung




Aram 117(f)
 Teratak Seriteratai 

No comments:

Post a Comment