Friday 7 March 2014

Bumi Subur Peribuminya Makmur | Peribumi Rakus Buminya Tandus

(Nakal Kenal.
Jahat Ingat)





ILHAM MINDA 96
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
GALAKAN  RASA GANJAKAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
 Yang nakal orang lebih kenal dan yang jahat 
orang lebih ingat
.


32
Menduga tetapi tak mahu mencuba dan me-
lihat tetapi tak mahu berbuat.

33
Baik diam jika timbul salah faham dan ba-
ik senyap jika timbul salah anggap.


34
Yang menunggu tak dapat membantu dan
yang melihat tak dapat berbuat.

35
Jika diam separuh masalah selesai dan jika
faham separuh matalamat tercapai.


36
Yang banyak bercakap kurang bekerja dan
yang banyak tersilap kurang peka.
   
37
Bumi subur peribuminya makmur tetapi pe-
ribumi rakus buminya tandus
.


38
Yang sombong takkan menyokong dan
yang angkuh takkan patuh.

39
Yang bermegah pandai membantah dan
yang berlagak pandai bertekak.


40
Diam itu bisu maka faham itu tahu dan pen-
dam itu malu maka azam itu mahu.
 
 
 
 
Aram 96(d)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment