Thursday, 2 March 2017

186F : Berulang-Ulang Dusta Akhirnya Orang Percaya | Berulang-Ulang Bohong Akhirnya Orang Sokong


 
3 Tahun

Jangan
menunda masa
sampai tergendala
dan jangan menunggu
waktu sampai
terganggu
  
5 Bulan
Lebih baik
berfikir dahulu
sebelum membantah
dan lebih baik
mentafsir dahulu
sebelum
berhujah.
1 Tahun

3 Tahun
MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 186
BERIBARAT RASA BERISYARAT KATA
(Short saying drawn from long experience)

51
Adakala berulang-ulang
dusta akhirnya orang percaya dan berulang-ulang bohong akhirnya orang sokong.
27.12.2007
Kerjasama Kaum

52
Jika ketua menipu
pengikut tidak setuju dan jika ketua mem-bohong pengikut tidak sokong.
27.12.2007
“Kekuatan Negara”

53
Apabila sama-sama
bijak mereka bertekak dan apabila sama-sama pintar mereka bertengkar.
27.12.2007
Makanan Probiotik

54
Sama-sama dungu
mereka termangu-mangu dan sama-sama bebal mereka terkial-kial.
27.12.2007
“Menfaat Kesihatan”

55
Apabila ibu suruh
jangan sesekali bertangguh dan apabila ibu arah jangan  sesekali berlengah.
27.12.2007
Ali ‘Imran, Ayat 3

56
Biar kerja tertunda
asal jangan tergendala dan biar kerja terlalai asal jangan terbengkalai.
27.12.2007
“Menurunkan Kitab”

57
Jika ditunda yang baru
bermula jadi sesia dan jika diabai yang  hampir selesai jadi terbengkalai.
28.12.2007
Khutbah Jumaat

58
Jangan menunda
masa sampai tergendala dan jangan me-nunggu waktu sampai terganggu
28.12.2007
“Islam Bersaudara”

59
Lebih baik berfikir
dahulu sebelum membantah dan lebih baik mentafsir dahulu sebelum berhujah.
28.12.2007
Hormat Guru

60
Tersilap berhujah
kalah, tersilap berbahas tewas dan tersilap mengupas tumpas.
28.9.2007
“Petua Berjaya”

Teratak
4479 Seri Teratai
Kaca Mata
Ayra Ameera

Aram
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)

Teratak
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a Comment