Wednesday 22 February 2017

183B : Hati Merasa Sangsi | Akal Terpaksa Menyangkal


Untung Bukan Nasib
Buntung Bukan Aib





Malang tidak
datang kerana diundang.
Maut tidak
 Dating dijemput




11
Yang mahir masanya
tidak membazir manakala yang cekap kerjanya tidak silap.
23.11.2007
Brincang Cameron

12
Apabila tersungkur
barulah meminta maaf dan apabila terbujur barulah merasa insaf.
23.11.2007
Cactus Valley

13
Yang bakhil jangan
sekali dipanggil dan yang kedekut
jangan sekali dijemput.
23.11.2007
Al Baqarah, Ayat  271

14
Cakap biarlah beralas
jangan main lepas dan cakap biarlah berlapik jangan main tempik.
23.11.2007
“hapus Kesalahan”

15
Sesungguhnya
 untung itu bukan  nasib manakala 
buntung itu bukan aib.
24.11.2007
Adieu 405 Iris

16
Malang tidak datang
kerana diundang dan maut tidak
datang kerana dijemput.
24.11.2007
Straw Berry Farm

17
Berkali-kali ditegur
barulah akur dan berkali-kali 
disuruh barulah patuh.
24.11.2007
Pekan Tanah Rata

18
Apabila hati itu
merasa sangsi maka akal itu
terpaksa menyangkal.
24.11.2007
Hentian Cameron

19
Yang sombong
bercakap bohong dan yang bangga bercakap dusta.
24.11.2007
Pekan Ringlet

20
Yang benci itu mudah
hilang pekerti dan yang marah itu
mudah hilang maruah.        
24.11.2007
Hulu Benum




5-9 Dis 2016
Masjid China Melaka



 Dari kaca mata
Ayla Arissa


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia

No comments:

Post a Comment