Wednesday 22 February 2017

183C : Kerana Biasa Hilang Peka | Kerana Selalu Hilang Malu


Sekali buat berdebar-debar
Sekali dapat berkobar-kobar




Sekali bertemu
terasa malu.
Berkali-kali berjumpa
terasa mesra




21
Yang tidak keruan
hilang panduan dan yang tidak
siuman hilang pedoman.
24.11.2007
Cityview Hotel

22
Semakin dikejar
semakin tidak sempat dan semakin 
diajar semakin tidak dapat.
24.11.2007
Bandar Kuantan

23
Jangan bimbang
kalau dapat malang dan jangan cemas
kalau dapat nahas.
24.11.2007
Al Baqarah, Ayat 272

24
Kadangkala kerana
biasa hilang rasa peka dan kerana
selalu hilang rasa malu.
24.11.2007
‘Memberi Petunjuk’

25
Kadang-kadang sekali
buat rasa berdebar-debar tetapi sekali dapat rasa berkobar-kobar.
25.11.2007
Adieu 306 Cityview

26
Kadang-kadang sekali
bertemu terasa malu tetapi berkali-kali
berjumpa terasa mesra.
25.11.2007
Rest De’ Mall

27
Orang yang bisu
banyak tidak tahu manakala orang yang diam banyak tidak faham.
25.11.2007
Masjid Geliga

28
Jika tak bersedia kerja
tertunda-tunda dan jika tak bersungguh kerja tertangguh-tangguh.
25.11.2007
Jamak Solat Asar

29
Kadang-kadang kerana
terlalu penat hilang semangat dan kerana terlalu letih hilang ketagih.
25.11.2007
Al Baqarah, Ayat 272

30
Jika diminta jangan
bertunda-tunda dan jika disuruh jangan bertangguh-tangguh.
25.11.2007
“Pahala Diri”
.        


5-9 Dis 2016
Masjid China Melaka



 Dari kaca mata
Ayla Arissa


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia

No comments:

Post a Comment