Thursday 5 June 2014

Hina Manusia Jika Tak Berharta | Bangsat Manusia Jika Tak Berdarjat

(Berkias Beralas.
 Terbabas Terlepas)





ILHAM MINDA 117
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
KEJUTAN RASA KALUTAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

21
Mengaku bukan bererti bersalah dan ber-
setuju bukan bererti mengalah.

22
Jika masa mudanya tak mahu berkorban
maka masa tuanya menjadi beban.

23
Jika yang gagah merampas kuasa maka
yang lemah menjadi mangsa.

24
Jika yang gagah itu berebut kuasa maka
yang lemah itu berebut harta.

25
Hina manusia jika tak berharta dan bang-
sat manusia jika tak berdarjat
.


26
Lebih baik betul jangan jadi biul dan le-
bih baik benar jangan jadai nanar.
   
27
Ambil mudah dapat masalah tetapi am-
bil berat dapat berkat.


28
Datang berkira pulang berlaba dan da-
tang berhitung pulang beruntung.

29
Cakap berkias itu cakap beralas tetapi
cakap terbabas itu cakap terlepas.


30
Yang ikhlas kerjanya bersungguh tetapi
 yang malas kerjanya bertangguh.




Aram 117(c)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment