Thursday 5 June 2014

Azam Itu Pengalaman Masa Silam | Harapan Itu Pandangan Masa Depan

(Terpinggir Takdir.
 Terbuang Malang)





ILHAM MINDA 117
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
KEJUTAN RASA KALUTAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Bukan kerana malang mendapat tembelang
dan bukan kerana nasib mendapat aib.


32
Terpinggir bukan kerana suratan takdir dan
terbuang bukan kerana nasib malang.

33
Kemewahan tak datang menggolek dan ke-
susahan tak datang menggelek.

34
Azam itu pengalaman masa silam dan hara-
pan itu pandangan masa hadapan
.

35
Baik berusaha sebelum datang papa dan ba-
ik beramal sebelum datang ajal.

36
Tanpa kemudi belayar tanpa haluan manaka-
la tanpa ambisi belajar tanpa tujuan.
   
37
 Berkenan apabila tak dapat kempunan dan 
berkehendak apabila tak dapat sebak.


38
 Jika banyak ragam orang geram dan jika ba-
nyak kerenah orang fitnah.

39
Jika buat baik biar berpada-pada dan jika
buat jelik jangan mengada-ngada.


40
Yang berlagak suka cakap besar dan yang
 berlawak suka cakap kelakar.

 
 

 
Aram 117(d)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment