Sunday 25 May 2014

Yang Kita Benci Membawa Rezeki | Yang Kita Sayang Membawa Malang

(Rindu Berahi.
 Jemu Benci)





ILHAM MINDA 112
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
JAJAHAN RASA JAJAAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Baik jadikan mimpi itu satu realiti dan baik
jadikan impian itu satu harapan.

52
Menang sorak kalah berlawan dan senang
berlagak payah berkawan.

53
Tak berfikir jika tak berhitung dan tak ber-
akhir jika tak berpenghujung.


54
Kadangkala terlalu rindu menjadi berahi
dan terlalu jemu menjadi benci.

55
Tak selesai selagi tak tercapai dan tak ta-
mat selagi tak bermatlamat.


56
Menjadi munasabah jika sah tetapi men-
 jadi mustahil jika musykil. 
   
57
Aktiviti terkawal jika ikut jadual tetapi ter-
hambat jika ikut sempat.


58
Yang kita benci bawa rezeki tetapi yang
kita sayang bawa malang.

59
Yang kita marah bawa tuah tetapi yang
 kita bela bawa cela.


60
Yang kita bantu itu menipu manakala
yang kita tuduh itu patuh.



 
Aram 112(f)
Teratak Seriteratai


No comments:

Post a Comment