Thursday 3 October 2013

Putus Reng Tertonggeng | Putus Harap Tertiarap

(Gigih Tak Letih.
 Minat Tak Penat)




ILHAM MINDA 56
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
MENAWAN RASA MELAYAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Yang mencari dunia dapat kecewa tetapi yang
mencari akhirat dapat berkat.

32
Yang mencari dunia dan akhirat akan sentia-
 sa bahagia dan selamat. 

33
Yang putus reng tidur menonggeng dan yang
putus harap tidur meniarap.


34
Semasa muda sentiasa berjimat maka se-
masa tua sentiasa beringat.

35
Yang tidak peduli akan dibenci dan yang ti-
dak hirau akan dipulau.


36
 Kata-kata tak berlapis susah nak tepis dan 
tidak beralas susah nak ulas.

37
Masalah jika tak sedar jadi besar dan jika
tak siasat jadi berat.


38
Yang asyik berfoya-foya hilang harta yang
asyik berleka-leka hilang kuasa.

39
 Tak ikut dia hanyut, tak patuh dia jatuh 
dan tak taat dia melarat.

   
40
Yang gigih tak letih, yang minat tak pe-
nat
dan yang tabah tak lelah.




 
Aram 56(d)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment