Tuesday 17 September 2013

Lama Jangan Disesia | Tua Jangan Dihina

(Sedikit Diungkit.
Lebih Berselisih)





ILHAM MINDA 54
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERLANDAS RASA BERALAS KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

11
Dalam mesyuarat berkongsi pendapat dan
dalam muafakat berkongsi matlamat.

12
Jika berbincang biar sependapat dan jika
merancang biar sematlamat.

13
Kurang jangan dibuang, sedikit jangan
diungkit
dan lebih jangan berselisih.


14
Dapat banyak jangan mendesak dan da-
bat lebih jangan menagih.

15
Yang lama jangan disesia dan yang tua
jangan dihina.

16
Jika bermula akhirnya sampai dan jika
mencuba akhirnya selesai.

17
Melihat tetapi tak bertminat maka ber-
buat tetapi tak mendapat.


18
Berlagak tetapi tak bijak dan bergaya
 tetapi tak upaya.

19
Selagi beringat selagi itu berjimat dan se-
lagi berminat selagi itu berhemat.

   
20
Jangan mengaku kalau tidak buat dan
Jangan merayu kalau tidak dapat.




 
Aram 54(b)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment