Saturday 30 March 2013

Disuruh Bertangguh | Dimarah Membantah

(Mulut mencarut.
Akal menyangkal)





 

(155)
‘Bantahan’
Bicara Tok Ngah
13 Jun 2011
4.16 petang

 
ARAM

 
Apabila diminta
dia berleka,
apabila disuruh
dia bertangguh

dan apabila diarah
dia membantah
.
Makin ditegah
makin dia menyanggah,
makin dipujuk
makin dia mengutuk
dan makin dibelai
makin terlalai.


 
Ada akal
mereka menyangkal
dan ada mulut
mereka mencarut.
Kadang-kadang
kerja tak selesai-selesai
kerana mereka saling menyangkal 
dan kerja tak sudah-sudah
kerana mereka saling berbantah.
Mereka mudah celopar
apabila bertengkar
dan mudah menyumpah
apabila berbalah.


 




Dan
manusia adalah
makhluk yang paling
banyak membantah.

(Al Kahfi: 54)





 

Arambayu 155
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment