Monday 17 December 2018

S195F : Setiap Yang Kita Kata Bergantung Pada Makna | Setiap Yang Kita Buat Bergantung Pada Niat

S195E : Yang Malas Berfikir Akhirnya Menjadi Fakir | Yang Malas Berusaha Akhirnya Menjadi Papa


AYLA ARISSA
(Our Little Secret)
5 Tahun 5 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 195F/39
BERJAUHAN RASA BERJIRAN KATA
(Short saying drawn from long experience)

51
Yang salah kalau di-
sembunyikan akan terserlah dan yang benar
kalau disembunyikan akan terpapar.
20.3.2008
Konsep Biodiversiti

52
Apabila yang mereka
maklum itu adalah benar maka apa yang
mereka hukum itu adalah wajar.
20.3.2008
“Lembah Belum”

53
Kadangkala yang kita buat
 itu selesai tetapi tidak sesuai dan yang kita
dapat itu benar tetapi tidak wajar.
20.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat 127

54
Kadang-kadang kerja
siap tetapi masih lagi bercakap dan kerja
selesai tetapi masih lagi bertikai.
20.3.2008
“Beri Bala Bantuan”

55
Sekali buat khianat sampai
bila-bila orang ingat dan sekali beri nasihat
sampai bila-bila orang hormat.
21.3.2008
Khutbah Jumaat

56
Sekali menipu selama-
 nya orang tidak setuju dan sekali berdusta
selamanya orang tidak percaya.
21.3.2008
“Kejar Kecemerlangan”

57
Sesungguhnya setiap
yang gagal itu bermula dari awal dan setiap
 yang kesal itu berpunca dari pangkal.
21.3.2008
Maulidur Rasul

58
Sesungguhnya kejayaan itu
bergantung pada keupayaan dan perolehan
 itu bergatung pada kebolehan.
21.3.2008
“Umat Gemilang”

59
Seseorang itu gagal
jika hilang kepercayaan dan seseorang itu
kesal jika hilang keupayaan.
21.3.2008
Pertandingan Riyadh

60
Setiap apa yang kita kata ber-
gantung pada makna dan setiap apa yang
kita buat bergantung pada niat.
21.3.2008
“Ratu Cantik Unta”


ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a Comment