Tuesday 14 August 2018

192C : Masa Tidak Menyingkir Tetapi Kita Yang Mungkir | Masa Tidak Mencabar Tetapi Kita Yang Ingkar

3T 5B

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 190C
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)

21
Orang yang tergesa-gesa
menyalahkan masa manakala orang yang
terburu-buru  menyalahkan waktu.
15.2.2008
Khutbah Jumaat

22
Masa tidak menyingkir
tetapi kita yang mungkir dan masa tidak mencabar
tetapi kita yang ingkar.
15.2.2008
“Mencari Keredaan”

23
Masa tidak menunggu
tetapi kita yang terburu-buru dan masa tidak alpa
tetapi kita yang tergesa-gesa.
15.2.2008
Komponan BN

24
Orang yang cerewet
 cakapnya meleret-leret dan orang yang celopar
cakapnya berdegar-degar.
15.2.2008
“Kekalkan Agihan”

Orang yang jahil
makin dinasihat makin ingat tetapi orang yang
degil makin dinasihat makin buat.
15.2.2008
Bukti Saintis

26
Semakin senyap semakin
sukar hendak bercakap dan semakin diam
semakin sukar hendak faham.
15.2.2008
“Cinta Itu Buta”

    27          
Kadang-kadang
orang yang diam itu lebih faham dan orang
yang senyap itu lebih cekap.
15.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat  90

       28       
Jangan bermain-main
nanti orang naik angin dan jangan beracah-
acah nanti orang naik darah.
15.2.2008
“Tolak Taubat”

      29        
Kadang-kadang
yang geram mudah mengetap geraham dan
yang marah mudah naik darah.
16.2.2008
Kenaikan Harga  
  
30    
Apabila harga memuncak
darah menggelegak-gelegak dan apabila harga
menurun darah beralun-alun.
16.2.2008
“Fenomena Global”


ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment