Wednesday 25 October 2017

191D: Orang Yang Beringat-Ingat Itu Kerjanya Cermat | Orang Yang Berhati-Hati Itu Kerjanya Teliti


5T 11B 2H
 Ayla Arissa
(our little secret)

Kalau
marahkan anak
kiaskan emaknya
dan kalau marahkan emak
kilaskan anaknya.

20 Hari
  
Kadang-kadang
yang marah itu
banyak nasihatnya
tetapi yang
ramah itu banyak
muslihatnya

1 Tahun 6 Bulan
3 Tahun 6 Bulan



MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 191
BERJALIN RASA BERJAMIN KATA
(Short saying drawn from long experience)

31
Hidup sederhana itu
apabila tidak senang dan tidak sukar serta tidak
kenyang dan tidak lapar.
7.2.2008
Peruntukan RM2.4b

32
Orang yang taat
hidupnya sentiasa berkat tetapi orang yang ingkar 
hidupnya sentiasa sukar.
7.2.2008
“Projek Luar Bandar”

33
Orang yang beringat-
ingat itu kerjanya cermat dan orang yang 
berhati-hati itu kerjanya teliti.
7.2.2008
Tahun  Baru Cina

34
Orang yang salah
guna wang hilang peluang dan orang yang salah 
guna harta hilang kuasa.
7.2.2008
“Ikut Rasmi Tikus”

35
Kerana saling
menuduh mereka bergaduh dan kerana 
saling menghasut mereka bergelut.
7.2.2008
Saintis Dakwa Hamil

36
Kadang-kadang
orang yang berucap itu buat silap dan orang
 yang berhujah itu buat salah.
7.2.2008
“Buat Wanita Lupa”
 
37
Apabila kerja
mudah masing-masing hendak tetapi apabila 
kerja susah masing-masing menolak.
7.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 77

  
38
Mula-mula susah
 lama-lama menjadi mudah dan mula-mula 
penat lama-lama menjadi minat.
7.2.2008
“Menukar Janji”
       
39
Semakin orang
 puji semakin menjadi-jadi dan semakin orang puja 
semakin mengada-ngada.
8.2.2008
Khutbah Jumaat
   
40
Yang merayau-
rayau  itu hilang panduan dan yang mengacau-
ngacau itu hilang tujuan.
8.2.2008
“Mensyukuri Nikmat”


3 Tahun 6 Bulan


6 Tahun 3 Bulan



ARAM2007
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment