Monday 27 February 2017

186B : Yang Bernama Itu Identiti | Yang Berjenama Itu Kualiti

 


Yang buat bising
tidak boleh berunding
dan yang cepat marah
tidak boleh
bermusyawarah.
 


Selagi
ada usaha
jangan putus asa dan
selagi ada matlamat
jangan patah
semangat.
 


MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)



ILHAM MINDA 186
BERIBARAT RASA BERISYARAT KATA
(Short saying drawn from long experience)

11
Selagi ada usaha
jangan putus asa dan selagi ada matlamat jangan patah semangat.
21.12.2007
Khutbah Jumaat

12
Orang yang salah
panduan hilang tujuan dan orang yang patah semangat  hilang matlamat.
21.12.2007
“Jalinkan Silaturahim”

13
Yang buat bising tidak
boleh berunding dan yang cepat marah tidak boleh bermusyawarah.
21.12.2007
Al Baqarah, Ayat 284

14
Walaupun tua tetapi
fikiran  biarlah  terbuka dan walaupun muda tetapi fikiran biarlah semasa.
21.12.2007
“Zahir atau Sembunyi”

15
Orang yang bijak itu
tidak akan terlajak manakala orang yang pandai itu tidak tergadai.
22.12.2007
Jembatan Muhibbah

16
Orang yang berangan-
angan itu kempunan manakala  orang yang  berkhayal-khayal itu gagal.
22.12.2007
“Hubungan Diplomatik”

17
Kalau saksama
orang tidak akan bertanya dan kalau adil orang tidak akan musykil.
22.12.2007
NAT RM30j PDN

18
Sesungguhnya
yang bernama itu adalah identiti manakala yang berjenama adalah kualiti.
22.12.2007
‘Pelancong Perubatan’

19
Kalau berterus terang
orang tidak bimbang tetapi kalau terus berahsia orang tidak percaya.
22.12.2007
Otak Paling Kompleks

20
Apabila hati senang
fikiran menjadi tenang tetapi apabila hati risau fikiran mejadi kacau.
22.12.2007
“100b Sel Gentian Neuron”

 Teratak
4479 Seri Teratai


Dari kaca mata
Ayra Amerra

ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a Comment