Sunday 26 February 2017

185D : Rasa Cemburu Tandanya Mahu | Rasa Bimbang Tandanya Sayang




Yang berhati-hati
sentiasa dipuji.
Yang bermuka-muka
sentiasa dicela.

 


Jangan kisah
kalau orang marah.
Jangan peduli
kalau orang benci.





MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)
 


ILHAM MINDA 185
BERHUTANG RASA BERHALANG KATA
(Short saying drawn from long experience)

31
Yang berhati-hati
 itu sentiasa dipuji tetapi yang bermuka-muka itu sentiasa dicela.
14.12.2007
Undang-Undang Dunia

32
Orang yang buat tidak
kisah itu dapat susah dan orang yang buat tidak peduli itu dapat rugi.
14.12.2007
“Disiplinkan Manusia”

33
Jangan ambil kisah
kalau orang marah dan jangan ambil peduli kalau orang benci.
14.12.2007
Al Baqarah, Ayat 282

34
Kadang-kadang orang
yang kita sayang buat curang dan orang yang kita percaya buat angkara.
14.12.2007
“Saksi Jual beli”

35
Kadang-kadang sekali
diberi tunjuk sudah mengangguk dan sekali diberi tahu sudah bersetuju.
15.12.2007
Harta Intelek

36
Yang berjimat sentiasa
beringat-ingat dan  yang  berwaspada sentiasa berjaga-jaga.
15.12.2007
“Perlindungan Undang”

37
Kalau meminjam lebih 
baik cepat diselesaikan dan kalau berazam lebih baik cepat ditunaikan.
15.12.2007
Al Baqarah, Ayat  282

28
Orang yang suka meminjam 
itu hilang tenteram dan orang yang suka berhutang itu hilang peluang.
15.12.2007
“Mudahkan Persaksian”

39
Kalau terasa resah
jangan ambil kisah dan kalau terasa runsing jangan ambil pusing.
16.1.2.2007
Projek RMK 9 Terjejas

40
Rasa cemburu
 itu tandanya mahu manakala rasa bimbang itu tandanya sayang.
16.12.2007
“Harga Tidak Terkawal”


20 Oktober 2014
Cameron Highland


 Dari kaca mata
Ayla Arissa


ARAMbayu
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)

4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment