Thursday 23 February 2017

183F : Semakin Berumur Biar Semakin Jujur | Semakin Berusia Biar Semakin Setia

Setia
Sentiasa bersedia.
Taat
Sentiasa beringat
  



Yang baik 
didedah menjadi cemerlang.
Yang jelik 
didedah menjadi tembelang.




51
Orang yang setia
sentiasa bersedia manakala orang yang taat sentiasa beringat.
29.11.2007
Cipta Kekayaan

52
Yang baik jika didedah
akan jadi cemerlang tetapi yang jelik jika didedah jadi tembelang.
29.11.2007
‘Ubah Gaya Hidup’

53
Yang sentiasa berazam
 menjadi unggul tetapi yang sentiasa memendam menjadi tunggul.
29.11.2007
“Sejarah Berulang”

54
Kadangkala semakin
berumur semakin terlanjur dan semakin berusia semakin tercela.
29.11.2007
“Perkongsian Kuasa”

55
Semakin berumur
biarlah semakin bersyukur dan semakin berusia biarlah semakin percaya.
29.11.2007
Al Baqarah, Ayat 276

56
Biarlah semakin
berumur sema-kin jujur dan biarlah semakin berusia se-makin setia.
29.11.2007
‘Musnahkan Riba’

57
Sesungguhnya jasa
yang baik orang sentiasa sanjung tetapi dosa yang jelik sendiri tanggung.
30.11.2007
Khutbah Jumaat

58
Kalau tidak tahu
jangan buat-buat bijak dan kalau tidak malu jangan buat-buat lagak.
30.11.2007
‘Jalan Yang Lurus’

59
Jangan gundah
sekalipun kerja itu susah dan jangan gusar sekalipun kerja itu sukar.
30.11.2007
Al Baqarah, Ayat 276

60
Kadang-kadang
yang berakal itu sukar disangkal dan yang berkhayal itu sukar dikawal.
30.11.2007
‘Galakkan Sedekah’


 
5-9 Dis 2016
Masjid China Melaka



 Dari kaca mata
Ayla Arissa


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia

No comments:

Post a Comment