Sunday 29 May 2016

181C : Harga Kesetiaan Itu Adalah Kepercayaan | Harga Keyakinan Itu Adalah Jaminan





Kesetiaan itu 
membawa kepada 
kerelaan 
manakala
kepatuhan itu 
membawa kepada 
kesungguhan.

 Baby Arissa

Membajak
biar rata
menanam
biar berisi.
Berkehendak
biar berupa
berazam
biar menjadi.


1.   
Adakala yang teringat dosa akan menghitung masa 
dan yang teringat mati akan menghitung hari.

2.
Kadangkala keyakinan itu menjadi satu kemungkinan
dan jaminan itu menjadi satu permainan.

3.
Yang gagal jangan sekali-kali menyangkal dan yang
kalah jangan sekali-kali membantah.

4.
Lebih baik mengaku daripada terus menipu dan lebih
baik bersetuju daripada terus mengampu.


5.
Terpaksa berbohong untuk melarikan diri dan terpaksa
menyokong untuk menyembunyikan diri.

6.
Kadangkala apabila berkata benar orang cabar tetapi
apabila berkata bohong orang sokong.


7.
Apabila kesetiaan itu menjadi satu pertuduhan maka
kepercayaan itu menjadi satu pertaruhan.

8.
Harga kesetiaan itu adalah kepercayaan manakala
harga keyakinan itu adalah jaminan.


9.
Kesetiaan itu membawa kepada kerelaan manakala
kepatuhan itu membawa kepada kesungguhan.

10.
Kalau takut mati lebih baik mereka lari dan kalau
takut maut lebih baik mereka cabut.


 Masjid Cina Melaka
5 - 9 Disember 2014

You have
unveiled our secrets.
The wonder
is in your eyes
and the beauty
is in your smile 




Ketika surut
saling berpaut
tetapi ketika banjir
saling menghilir
 



Dari kaca mata Ayla Arissa


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
 
Teratak Seri Teratai
Pulau bahagia 
 

No comments:

Post a Comment