Sunday 22 May 2016

181A : Solat Itu Mencegah Daripada Berbuat Jahat | Puasa Itu Mencegah Daripada Berbuat Dosa





Yang mengejar realiti 
sentiasa pasti 
tetapi yang mengejar mimpi 
sentiasa sangsi.  


Baby Arissa

Apabila akar
menunjang
rantingnya menjulang
dan apabila 
akar bercambah
rantingnya berbuah 


1.  
Semasa muda sentiasa dalam khayalan maka
apabila tua sentiasa dalam sesalan.

2.
Yang mengejar realiti sentiasa pasti tetapi yang
mengejar mimpi sentiasa sangsi


3.
Kalau bertikai kerja takkan selesai dan kalau
membantah kerja takkan sudah.

4.
Apabila tidak cekap ramai yang menyoal dan
apabila tidak siap ramai yang menyangkal.


5.
Solat itu mencegah daripada berbuat jahat dan
puasa itu mencegah daripada berbuat dosa.


6.
Yang kaya bergantung kepada harta manakala
yang fakir bergantung kepada takdir


7.
Yang diam lebih banyak memerhati tetapi  yang
faham lebih banyak mengkaji.


8
Orang yang diam lebih banyak mendengar tetapi
 orang yang faham lebih banyak berikhtiar.


9.
Orang muda kalau marah dia mencarut manakala
orang tua kalau ma-rah dia mengarut.


10
Jika berkawan rahsia itu saling mengukuhkan
tetapi jika berlawan rahsia itu saling menjatuhkan.




It is really
a moment to remember.
The cry and the tears
that touch our hearts,
is really beyond 
imagination 



Berenang-renang
ke tepian.
Bersenang-senang
kemudian





Dari kaca mata Ayla Arissa





ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
 
Teratak Seri Teratai
Pulau bahagia 
 

No comments:

Post a Comment