Tuesday 13 January 2015

Yang Dibayang Tak Seindah Mimpi | Yang Dirancang Tak Semudah Realiti



(Melarat Umpat.
Melarut Carut)








26/3/2014
Shinjuku Gyoen National Garden
is a large park with an eminent garden
in Shinjuku and Shibuya, Tokyo, Japan.
It was originally a residence of the Naito
family in the Edo period. 


(bersauh rindu)




ILHAM MINDA 167
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERCURA RASA BERCANDA KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

 
21
Yang selalu beringat dapat berkat tetapi
yang selalu bermimpi dapat rugi.

22
Jangan bertekak dengan yang pekak dan
jangan merayu pada yang bisu.

23
Ada persamaan saling bergabung tetapi
ada perbezaan yang saling bertarung.


24
Yang dikesal kerana kesukaran tetapi
yang disangkal kerana kemungkaran.

25
Tangan tergenggam kerana azam tetapi
tangan terbuka kerana leka.


26
Jangan marah jika orang lain mewah dan
jangan cemburu jika orang lain maju.
   
27
Yang dibayang tak seindah mimpi dan
yang dirancang tak semudah realiti.


28
Melarat-larat cakap banyak umpat dan
melarut-larut cakap banyak carut.

29
Kian dihitung kian menjadi banyak tetapi
kian beruntung kian menjadi tamak.


30
Kelebihan itu menjadi pilihan manakala
kekurangan itu menjadi buangan.







26/3/2014   
The garden, which is 58.3 hectares    
in area with a circumference of 3.5 km, 
blends three distinct styles: a French Formal 
and English Landscape in the north and to 
the south a Japanese traditional. A traditional 
Japanese tea house can be found 
within the gardens.  


(berlabuh mimpi)      



 





Shinjuku Gyoen 
is home to a large number of cherry trees
of more than a dozen different varieties.
From late March to early April, more than
400 somei yoshino trees blossom around 
the English garden turning the lawns into
one of Tokyo's most popular and pleasant
hanami spots.




Aram 167(c)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment