Wednesday 6 August 2014

Makan Budi Kepalang Tanggung | Makan Hati Berulang Jantung

(Kecil Degil.
Besar Ingkar)



rindu yang abadi


ILHAM MINDA 131
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
PAKATAN RASA PAHATAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

51
Banyak berhutang tidur tak tenang dan ba- 
nyak meminjam tidur tak tenteram.

42
Yang suka meminjam hidupnya suram dan
yang suka berhutang hidup malang.

53
Berpisah-pisah jika berbalah dan berce-
rai-berai jika bertikai.


54
Makan budi kepalang tanggung dan ma-
kan hati berulam jantung
.

55
Daripada hidup menanggung malu baik
hidup menjunjung batu.


56
Yang terkecil bercakap besar tetapi yg
terpencil bercakap hambar.
   
57
Yang kecil jangan buat degil dan yang
besar jangan berbuat ingkar
.


58
Pendekar usah bercakap besar dan 
hulubalang usah bersikap curang.

59
Tak terdidik berbolak-balik dan tak di-
bimbing terumbang-ambing


 60 
Kerana wajah mudah hilang tabah dan
kerana paras lekas hilang waras.


 29/3/13 Pearl River Cruise
 Guangzhoa
 mimpi yang mistri

 
Aram 131(f)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment