Tuesday 12 August 2014

Jadikan Dengki Sebagai Inspirasi | Jadikan Benci Sebagai Motivasi

(Sabar Ikhtiar.
Ingkar Sukar)



rindu yang terluka


ILHAM MINDA 132
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
PADUAN RASA PANDUAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

31
Yang sabar menemui jalan ikhtiar tetapi
yang ingkar melalui jalan sukar.


32
Sepi bukan bererti tidak peduli dan diam
 bukan bererti tidak faham.

33
Berkuasa jangan salah guna kuasa dan
berharta jangan salah guna harta.


34
Kerana cemburu tindakan jadi melulu dan
kerana dengki tindakan jadi keji.

35
Kerana cemburu hilang rasa malu dan
kerana dengki hilang harga diri.


36
Jadikan dengki sebagai inspirasi dan jadi-
kan benci sebagai motivasi
.
   
37
Takkan sampai jika tak bermula dan tak-
kan tercapai jika tak berusaha.


38
Tunduk kerana tak berani mengutuk dan
diam kerana tak berani mengecam.

39
Cuma berani membangkang di belakang
dan cuma berani mencabar di luar.


40
Terlalu sayang hilang berang dan ter-
lalu marah hilang tabah.



29/3/13 Pearl River Cruise 
 Guangzhoa
 mimpi yang terleka


Aram 132(d)
Teratak Seriteratai



No comments:

Post a Comment